Pok Amai Amai Siapa Sakit Naik Atas..!

Agen BandarQ
1.bpspot/-l6Wux-DsCz0/XApGnsK6ZMI/AAAAAAAAisw/pNTpIIDqpr0U8BIoZsXDDaf0xq8jwD1uQCLcBGAs/s1600/DtzkcQ4VAAECKeU.jpg-large.jpeg" imageanchor="1" style="clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;">

Nak hingga awan pun ok..! Rakyat memang tunggu walau di mana pun..! Cuma orang renta tua pesan jikalau naik tinggi sangat, bila jatuh sakit pun 'tinggi' juga bro..!

Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berhubung dakwaan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusof, membenarkan permohonan itu selepas mendengar permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.
Bagaimanapun, tarikh bagi pengurusan kes itu akan ditetapkan kemudian.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa dua kes yang membabitkan Najib sebelum ini sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Menurutnya, pihak pendakwaan juga tidak memiliki sebarang bantahan terhadap permohonan mereka.
Beliau juga memaklumkan alasan untuk memindahkan kes itu antara lain ialah untuk mempercepatkan proses keadilan.
Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan juga mengguna pakai alasan sama untuk memindahkan kes membabitkan anak guamnya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin, tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen memutuskan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes yang sama.
Ia bagi membolehkan pihak pembelaan memaklumkan mahkamah berhubung status pemindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman.
Pada 25 Oktober lalu, Najib, 65, dan Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melaksanakan pecah amanah ke atas harta berkenaan.
Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB), milik Kerajaan Malaysia.
Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion iaitu peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai, milik kerajaan.
Tuduhan kelima dan keenam pula membabitkan penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.
Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melaksanakan pecah amanah jenayah ke atas semua harta berkenaan.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.
bharian.my/berita/kes/2018/12/506465/kes-najib-irwan-dipindah-ke-mahkamah-tinggi">sumber
Teringat lagu pok amai amai..!
Siapa sakit naik atas..! Sakit..! Naik atas???
Sakit bro...!
Lu Fikir La Sendiri..!
2.bpspot/-0AkcK3O4yOw/V_H1_aCDDMI/AAAAAAAAhSk/9WIB343GWQog6fkzAomEzzAZMRfWbtTEQCPcBGAYYCw/s1600/beg%2Blv.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

Comments